TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting

yang membantu pencapaian matlamat pembangunan pendidikan negara. ICT adalah sistem yang membolehkan

pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk.

 

                            Justeru, sekolah ini turut terpanggil untuk menyertai perkongsian maklumat dalam dunia

pendidikan maya melalui laman webnya http://smkbp.kelantan.edu.my . Warga sekolah ini seharusnya turut rasa 

bertanggungjawab untuk menampilkan kecemerlangan, keunggulan dan cara gaya kita yang tersendiri yang mampu 

dijadikan penanda arasan dalam dunia pendidikan negara. Kesedaran tanggungjawab peribadi untuk mencipta 

kecemerlangan (personal responsibility in delivering excellence) seharusnya menjadi prinsip dan teras setiap warga 

sekolah ini.

               

                            Kecemerlangan akademik mampu diraih oleh sesiapa juga jika prasarana pendidikan seperti ICT 

yang dibekalkan oleh kerajaan digunakan sepenuhnya mengikut perancangan yang berfokus dan realistik. Sebagai 

contoh, P & P dalam bilik darjah perlu menterjemahkan konsep meaningful and thougtful learning and 4S,

iaitu self-paced, self-taught, self-access dan self-directed. Justeru semua warga sekolah ini digalakkan

mengunjungi laman-laman web sekolah-sekolah unggul dan berjenama gemilang yang terdapat di seluruh negara

dan dunia.

                           

                            Adalah diharapkan penghasilan laman web ini akan merapatkan komunikasi antara kita dengan 

rakan-rakan kita yang laian dari seluruh negara dan juga warga dunia sejagat. Kami sentiasa membuka ruang

ke arah penambahbaikan (improvement) laman web kami dari para pengunjung (netter).

 

 

Terima Kasih.

 

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

 

 

(HJ. WAN YUSOFF BIN WAN OTHMAN)

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor,

16320 Bachok, Kelantan.