Laporan Pertandingan Pesta Pantun 2004
Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah 2004 (Pesta Pantun) peringkat kebangsaan,
walaupun berlangsung dalam suasana sederhana, tetapi masih mampu menghidupkan
warisan tradisi Melayu yang ditonjolkan menerusi pakaian serta pengucapan pantun
di kalangan peserta. Suasana itu dapat disaksikan ketika pertandingan akhir
yang mempertemukan peserta Pahang dan Kelantan yang berkesudahan Pahang yang
diwakili SMKA Muadzam Shah, muncul sebagai johan.
Pertandingan
yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala
Lumpur itu turut disaksikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk
Seri Utama Dr. Rais Yatim. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan
Penrancangan dan Pembangunan, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Isa Abdul
dan Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noor Rezan
Bapoo Hashim.
Pahang
yang membariskan pemantun Nur Maisarah Ariffin, Nur Izza Hashim, Syarifah Nurul
Ain Badaruddin dan Ikmal Firdaus Ab Wahab mengulangi kejayaan dua tahun lalu
apabila berjaya menjulang Piala Sirih Pulang ke Gagang, di samping hadiah wang
tunai RM2,000, piala iringan, plak dan sijil.
Pemantun
termuda, Syarifah Nur Ain, 14, diumumkan sebagai Pemantun Terbaik keseluruhan,
sekali gus menerima Piala Ketrampilan, hadiah wang tunai RM400, plak dan sijil.
Kelantan
yang diwakili SMK Beris Panchor, Kota Bharu muncul sebagai
naib juara. Dengan membariskan pemantun Noor Hasnita Abdul Razak, Mosalihah
Mohamod, Fasihah Che Wil dan Faezah Che Wil mereka menerima hadiah wang tunai
RM1,000, piala iringan, plak dan sijil.
Tempat
ketiga pula dimenangi pasukan dari SMK Alang Iskandar, Bagan Seria, Perak yang
membariskan Mohd Shahrul Nizam Mohd Rasid, Nurul Amilin Idrus, Nor Hasniza Hassan
dan Rozana Abd Rahim. Mereka menerima hadiah wang tunai RM500, piala iringan,
plak dan sijil.
Sementara
tempat keempat dimenangi pasukan Melaka yang diwakili SMKA Sharifah Rodziah,
Teluk Mas. Barisan pemantunnya terdiri daripada Siti Fatehah Sheikh Mohd Nasih,
Fatimah Ahmad, Rohilah Ramlan dan Nurul Nadiah Jaafar.
Pesta
Pantun 2004 bertema 'Bersama Menjunjung Warisan' diadakan selama enam hari berakhir
9 September, dianjurkan Kementerian Pelajaran, manakala Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur sebagai pengelola.
Laporan Pertandingan Pesta Pantun 2002
|
Guru Pembimbing: Pn. Rosnani Mohd Nor Pn. Hjh. Sabariah Sair Pemantun: Norhasnita Abdul Razak (3A1) Suziana Mokhtar (3A1) Masliza Zakaria (5PA1) Amira Suriati Ayub (5PA1)
Pertandingan pesta pantun sekolah menengah peringkat PPD Pasir Putih Bachok telah diadakan pada 7 Mei 2002 di SMK Padang Pak Amat, Pasir Putih. Sebanyak 23 buah sekolah di daerah Bachok telah menyertainya. Pasukan pantun dari SMKBP telah muncul sebagai johan dan sekaligus melayakkan diri mewakili PPD ke pertandingan pantun peringakat negeri. Pemantun pertama SMKBP, Norhasnita Abdul Razak telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik PPD. Pada 11 Jun 2002, pasukan pantun sekolahtelah menyertai pertandingan Pesta Pantun Peringkat Negeri di Dewan SMK Hamzah 1, Machang Kelantan. Pasukan pantun sekolah telah berjaya menduduki tempat ketiga. |
|
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUIZ KOPERASI
|
|
Guru Penasihat : Pn. Hjh. Zakiah Salleh Peserta Kuiz : Mohd Sukri Bin Abd. Rahman Maizun Bt. Mat Zain Rohaya Bt. Mat Zain Mutia Suhaibah Bt. Abdullah Anjuran : ANGKASA Negeri Kelantan. Tempat : SMK Teknik, Tangok, Bachok Kelantan. Pencapaian : Johan peringkat PPD Pasir Puteh/Bachok. Hadiah : Wang tunai RM200 |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUIZ PENGGUNA
|
Guru Penasihat : Pn. Hjh. Zakiah Salleh Pn. Shamsuria Bt. Yusoff Peserta Kuiz : Nik Wardidni Bt. Nik Rahimi Rushwahanis Bt. Ramli Mohd Syawal Bin Ibrahim Mohd Zulkipli Bin Zainuddin Tempat : SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh. Tarikh : 6 Ogos 2002 Pencapaian : Mendapat tempat ketiga peringkat PPD Pasir Puteh/Bachok. |
|
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------